Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini UiTM ‒ Tarikh Tutup 17 Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Januari 2020. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/ Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah/ Kampus Seremban/Kampus Rembau.

1. PENSYARAH UiTM

Tarikh tutup permohonan pada 17 Januari 2020
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Terkini UiTM Januari 2020


1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Syarat Kelayakan

i. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf.

ii. Calon-calon mestilah memiliki kelayakan CGPA 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang.

iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti.

iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik

v. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana).

vi. Calon yang sedang mengikuti program sarjana tidak boleh dipertimbangkan walaupun telah memiliki Ijazah Sarjana Muda.

vii. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tata tertib tidak boleh dipertimbangkan.

viii. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Negeri Sembilan di http://nsembilan.uitm.edu.my/v2/ atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah/Kampus Seremban/Kampus Rembau. atau sila muat turun pada paparan link yang diberikan di bawah.

b. Iklan dikeluarkan pada 2 Januari 2020 (Khamis). Tarikh tutup permohonan adalah pada hari JUMAAT tarikh 17 JANUARI 2020.

c. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah Tidak Berjaya

e. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah/ Kampus Seremban/Kampus Rembau.

f. Sila kemukakan permohonan mengikut kekosongan kampus kepada:

KAMPUS KUALA PILAH

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH, BETING
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
No Tel:+(606)-4823 2100 / 4832210

KAMPUS SEREMBAN

PENOLONG PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS SEREMBAN
PERSIARAN SEREMBAN TIGA/1,
70300 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
No Tel:+(606)-634 2000 / 634 2252

KAMPUS REMBAU

PENOLONG PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS REMBAU
71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN
No Tel:+(606)-698 2000/698 2040

MUAT TURUN

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong