Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SUK Pulau Pinang – Tarikh Tutup 09 Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK Pulau Pinang) Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK Pulau Pinang) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29
2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29

Tarikh tutup permohonan pada 09 Januari 2020
Lokasi penempatan : SUK Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong SUK Pulau Pinang – Tarikh Tutup 09 Januari 2020


JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29

Kumpulan : Pelaksana
Kem/Jab : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Pulau Pinang

Jadual Gaji:
Minimum : RM1,493
Maksimum : RM5,672
Kadar kenaikan gaji tahunan : RM145

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i) Sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang Bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,493.00); atau

ii) Diploma dalam bidang ukur tanah, perancangan Bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,846.15)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab menerima dan memproses permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan, mengawasi pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah atau pengesahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukur bagi penempatan terakhir, memproses permohonan tanah, lesen pendudukan sementara dan permit, terlibat dalam urusan pendaftaran hak milik dan urusan tanah, urusan penguatkuasaan dan tugas-tugas lain yang diarahkan.

JAWATAN : PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29

Kumpulan : Pelaksana
Kem/Jab : Jabatan Kerja Raya/Pelbagai Jabatan/Agensi.

Jadual Gaji:
Minimum : RM1,549
Maksimum : RM5,701
Kadar kenaikan gaji tahunan : RM145

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i) sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau

ii) diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Syarat Bahasa Melayu


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara memohon

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara 'online' pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia (SPA8i) di http://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 09 Januari 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong