Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PUSAKA Januari 2020

Jawatan kosong terkini di Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) IQS PUSAKA, Merapok, Lawas, Sarawak sebagai :

1. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19

Tarikh tutup permohonan pada 14 Januari 2020
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong PUSAKA Januari 2020

(a) Jawatan dan Gred : Pembantu Ehwal Ekonomi, Gred E19

Kekosongan : Satu (1) jawatan
Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi

Jadual Gaji : GAJI MINIMUM–GAJI MAKSIMUM
RM1,353.00 – RM4,005.00

(b) Syarat Lantikan : 

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau

ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang  berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,465.80); dan

v. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

vi. (Syarat Tambahan: Keutamaan diberi kepada calon yang berasal dari Limbang dan Lawas) Calon hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup notis jawatan dan berumur kurang 54 tahun pada tarikh lantikan.

Cara Memohon

Borang Permohonan : STIDC.7.HR(PER).06.1 boleh didapati di Pos Kawalan Imigresen IQS PUSAKA, Merapok, 98850 Lawas, Sarawak atau dimuat turun di dalam Laman Web www.sarawaktimber.gov.my. atau sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah.

a) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran passport, salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan sijil tamat persekolahan yang telah disahkan.

b) Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada alamat seperti di bawah;

PEGAWAI PENYELIA
POS KAWALAN IMIGRESEN IQS PUSAKA
MERAPOK, 98850 LAWAS, SARAWAK


c) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

d) Hanya permohonan yang lengkap serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan disenarai pendek dan pemohon yang dipilih untuk sesi temuduga sahaja akan dihubungi.

Sekiranya pemohon-pemohon tidak dihubungi dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup, maka anggaplah permohonan tersebut tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 14 Januari 2020
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong