Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 MARA Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai GURU Ambilan Januari 2020. Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Individu-individu yang memiliki ciri-ciri tersebut adalah dipelawa untuk menyertai perkhidmatan MARA seluruh Malaysia.

JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41
JAWATAN GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 RM 2,188.00 RM 9,552.00

BIDANG & SUBJEK:
GURU
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bimbingan & Kaunseling
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik
  • Pendidikan Jasmani &Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Islam
  • Perakaunan
  • Sains Komputer
  • Pendidikan Seni / Seni Visual
  • Logistik
  • Ekonomi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Seni Reka Grafik
  • Komputer Multimedia & Animasi
Tarikh tutup permohonan pada 26 Januari 2020
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 MARA Januari 2020

SYARAT LANTIKAN UTAMA :

a. Warganegara Malaysia

b. Kelayakan

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,188.00] atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau

iii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau

iv. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,902.98] atau

v. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 3,209.60]

c. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d. Kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris;

e. Guru Pendidikan Islam (Tahfiz), hendaklah mempunyai kelayakan Sijil Hafazan dari Institut Pendidikan Islam/Sekolah/Maktab yang diiktiraf;

f. Sihat Fizikal dan Mental;

g. Aktif dalam kegiatan kokurikulum;

h. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon);

i. Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain – lain;

j. Bebas dari tindakan disiplin atau salah laku jenayah;

k. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

l. Pemohon hendaklah memohon jawatan ini berdasarkan kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek yang di pohon;

m. Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau tidak mempunyai Diploma Pendidikan juga boleh memohon.

TARAF JAWATAN: Tetap / Kontrak

UMUR:
Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON:

i. Permohonan hendaklah dibuat secara online / atas talian melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my atau sila kepautan link yang diberikan di bawah.

ii. PENTING!

Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa sesi penilaian.

SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan dari semasa ke semasa.

KAEDAH PELAKSANAAN:

i. Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat lantikan skim sahaja akan diproses ;

ii. Setiap permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria – kriteria yang telah ditetapkan, mengikut kelayakan pengkhususan ijazah yang tepat dengan bidang/subjek mengajar yang dipohon.

iii. Permohonan yang berjaya sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).

iv. Calon yang berjaya akan menerima pesanan ringkas SMS dan perlu menyemak laman web MARA dari semasa ke semasa bagi mengetahui status permohonan yang berjaya.

v. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini di keluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong