Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAI W29
2. PENOLONG PEGAWA TADBIR N29
3. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
4. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
5. PEMABANTU AKAUNTAN W19
6. PEMANDU KENDERAAN H11
7. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh tutup permohonan pada 20 Januari 2020
Lokasi penempatan : MP Sepang, Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Januari 2020

CARA MEMOHON

Perhatian Kepada Pemohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Perbandaran Sepang di alamat www.mpsepang.gov.my. atau sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah.

b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.

c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.

d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f) Alamatkan permohonan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1
63200 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.


Tarikh Tutup: 20 Januari 2020

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong