Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat negeri Johor atau warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) sebagai:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

Tarikh tutup permohonan pada 16 Januari 2020
Lokasi : MDKT, Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) Januari 2020

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Skim Perkhidmatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
Gred Jawatan : N19

Jadual Gaji

Minima RM1,352.00
Maksimum RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00
Elaun Tetap Perumahan RM 300.00
Elaun Tetap Khidmat Awam RM 115.00
Elaun Sara Hidup RM 200.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,352.00)

atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,464.80)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur pelantikan :

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau  56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah atau boleh dimuat turun melalui laman web www.mdkt.gov.my dan bayaran hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos. (sila muat turun pada link muat turun di bawah)

2. Permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ”A” Bil.18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

3. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan sijil persekolahan (diakui salinan sah), kad pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 JANUARI 2020 ( KHAMIS )

Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong