Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak ambilan februari 2020. Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun adalah dipelawa untuk memohon jawatan di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak seperti berikut:

1. Pembantu Kemahiran H19

Tarikh tutup permohonan pada 12 februari 2020
Lokasi penempatan : Sarawak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak 2020

Syarat dan Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,435.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,493.24).

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM1,493.24).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Secara Lantikan Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam, Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Penghantar Notis adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di atas ; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA MEMOHON

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan secara online melalui e-Recruitment.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong