Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak - 31 Disember 2019

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasar syarat yang ditetapkan, dan mempunyai komitmen yang tinggi dan penuh iltizam serta bercita-cita untuk berkhidmat dengan sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia, adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

JAWATAN : PENSYARAH KANAN GRED DS51

SKIM PERKHIDMATAN : PENSYARAH UNIVERSITI
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : TETAP
JADUAL GAJI : RM5,855.00 - RM12,445.00

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak - 31 Disember 2019


SYARAT LANTIKAN SKIM PERKHIDMATAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(d) Mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya;

(e) Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan;

(f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KHAS UPM BAGI JAWATAN PEGAWAI AKADEMIK:

1. Memperolehi kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Bidang kepakaran/pengajaran yang diperlukan adalah seperti berikut;

i. Pembangunan Produk Bukan Makanan /Non-Food Product Development

ii. Fisiologi Haiwan / Animal Physiology

iii. Kejuruteraan Hutan / Forest Engineering / Geographic Information System (GIS)

iv. Sains Komputer / Computer Science

v. Kejuruteraan Pertanian / Agricultural Engineering

vi. Ekonomi Perniagaan / Business Economy

vii. Pembangunan Manusia / Human Development

viii. Sains Sosial – Social Science

2. Memperolehi kelayakan Ijazah Sarjana/Sarjana Muda yang cemerlang dalam bidang yang berkaitan (CGPA 3.00 ke atas).

CARA MEMOHON:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dari laman web UPM Kampus Bintulu Sarawak dengan memuat turun borang di www.btu.upm.edu.my. atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

PERATURAN MEMOHON:

Pemohon dikehendaki menyertakan salinan sijil akademik, transkrip, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Kelahiran serta dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah di hantar ke alamat berikut sebelum atau pada tarikh tutup iklan:

KETUA PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU
TINGKAT 2, BANGUNAN PENTADBIRAN
PETI SURAT 396, JALAN NYABAU
97008 BINTULU, SARAWAK.


PERHATIAN:

i. Permohonan yang tidak lengkap diisi dan tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

ii. Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iii. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TEMPOH IKLAN:

Permohonan adalah dibuka sepanjang masa dan akan ditutup pada 31 Disember 2019 (Selasa).

PERTANYAAN:

Sebarang pertanyaan berhubung iklan boleh diajukan kepada pegawai berikut:

En. Sudirman Asmadi
No. Telefon Pejabat : 086-855207
Emel : penjawatanakademik@upm.edu.my

Puan Lucy Asa
No. Telefon Pejabat : 086-855234
Emel : penjawatanakademik@upm.edu.my

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong