Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan di Jabatan Imigresen Malaysia Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Imigresen Malaysia sebagai :

1. PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19

KELAYAKAN : SPM/ SKM
Kekosongan : 109
Simpanan : 690

Tarikh tutup permohonan 05 Januari 2020
Lokasi Penempatan: Jabatan Imigresen Malaysia Di Seluruh Malaysia.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 Januari 2020

JAWATAN : PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19

Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Jabatan Imigresen

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,360
Gaji Maksimum : RM4,052
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100

Syarat Lantikan:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. 
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
c. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
d. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
e. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
f. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
g. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Cara Memohon

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara 'online' pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia (SPA8i) di http://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 05 Januari 2020 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan secara online disini Pegawai Imigresen Gred KP19
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong