Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Rompin (MDRompin) - Tarikh Tutup 26 Disember 2019

Jawatan kosong kerajaan di Majlis Daerah Rompin (MDRompin) Disember 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U32
2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29
3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
4. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) GRED JA29

Tarikh tutup permohonan pada 26 Disember 2019
Lokasi : MDRompin, Pahang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Rompin (MDRompin) - Tarikh Tutup 26 Disember 2019


CARA-CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Rompin yang boleh didapati di laman web Majlis Daerah Rompin di alamat www.mdrompin.gov.my untuk setiap satu (1) jawatan. atau sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan.

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 10” x 15”. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

(d) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:

(i) tidak lengkap, tidak ditandatangani, tidak disertakan gambar, tidak terang dan memohon jawatan yang tidak diiklankan;

(ii) tidak disertakan dokumen yang diperlukan;

(iii) tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;

(iv) permohonan diterima selepas tarikh tutup iklan; dan

(v) tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah sampai kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH ROMPIN
26800 KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR


Sebelum atau pada 26 Disember 2019

Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi.

CATATAN AM

a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga

b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong