1. JURUAUDIT W41
Tarikh Tutup Permhonan Pada 05 Januari 2020
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

Nama Jawatan : JURUAUDIT
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
Kategori : Kontrak
Gred : W41
Jadual Gaji :
Minimum - RM2,094.00
Maksimum - RM9,585.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM225.00
Syarat Kelayakan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia,
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan,
(c) (i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,300.73), atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63), atau
(iii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63), atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,923.41), atau
(v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:RM3,027.19)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Deskripsi Tugas
1. Bertanggungjawab menyelia dan menjalankan pengauditan prestasi/siastan/khas terhadap program/aktiviti/projek di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jabatan-jabatan Negeri.
2. Membantu Ketua Unit Audit Dalam menyediakan Rancangan Audit Tahunan, Anggaran Belanjawan Tahunan dan Laporan Tahunan Kerajaan Negeri.
3. Menyediakan draf pemerhatian audit prestasi terhadap pengauditan yang telah dijalankan. Menyemak draf pemerhatian audit dan kertas kerja audit yang disediakan oleh Penolong Juruaudit.
4. Menyemak jawapan yang diterima daripada auditee bagi menentukan jawapan tersebut adalah munasabah, sekiranya tidak, surat teguran akan dikemukan semula kepada auditee.
5. Menjalankan Auditan Susulan bagi memastikan teguran-teguran daripada Unit Audit Dalam dan Jabatan Audit Negara diambil tindakan.
6. Mengatur enterance dan exit conference dengan auditee sebelum dan selepas auditan untuk tujuan
memaklumkan kehadiran serta tujuan auditan dan pembentangan isu-isu yang dikenalpasti.
7. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri semasa ketiadaan Ketua Audit Dalam.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Unit Audit Dalam dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan pada laman e2PSM di http://e2psm.penang.gov.my/login.php . Sila klik pada pautan di bawah.