Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Guru Bahasa Gred DG41 Di UMP Disember 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Disember 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di UMP Pahang seperti berikut :

1. GURU BAHASA GRED DG41/DG44/DG48/DG52/DG54

Tarikh tutup permohonan pada 25 Disember 2019
Lokasi Penempatan : Pusat Bahasa Moden, UMP Kampus Gambang Dan UMP Pekan, Pahang.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Guru Bahasa Gred DG41 Di UMP Disember 2019


SYARAT DAN KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajaran bahasa atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN LANTIKAN

1. Memiliki Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mencapai aras minimum 3 dalam Malaysia University English Test (MUET).

2. Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana muda.

3. Mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal dan pembentangan serta minat yang mendalam terhadap pengajaran dan pembelajaran.

4. Berkemahiran dengan penggunaan perisian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

5. Mempunyai minat untuk sentiasa meningkatkan kemahiran dalam pembangunan modul dan bahan pengajaran, pentaksiran dan lain-lain kemahiran berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

Keutamaan kepada calon:

Mempunyai kemahiran dalam bidang:

1) Language & Communication

2) Education

Klasifikasi Bidang:

1. Mandarin as a Foreign Languange

2. Chinese Language & Linguistics

Syarat Tambahan :

1. Calon hendaklah mencapai CGPA 3.00 dan ke atas pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.

2. Calon hendaklah mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal dan pembentangan serta minat yang mendalam terhadap pengajaran dan pembelajaran.

3. Calon berkemahiran dengan penggunaan perisian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. Calon hendaklah mempunyai minat untuk sentiasa meningkatkan kemahiran dalam pembangunan modul dan bahan pengajaran, pentaksiran dan lain-lain kemahiran berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

5. Kekosongan jawatan adalah untuk Guru Bahasa Mandarin Gred DG41.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.

SYARAT-SYARAT UMUM

Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

TARAF JAWATAN

Jawatan akan dilantik secara Tetap / Kontrak.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, E-recruitment UMP

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18.

Sila hantarkan ke alamat berikut :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
CANSELERI TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)


CATATAN AM

(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui e-mel yang telah berdaftar dengan UMP.

(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI