Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MESTECC - Tarikh Tutup 13 September 2019

Jawatan kosong terkini di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) September 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) sebagai :-

Jawatan Kosong Terkini di MESTECC September 2019

1. Pegawai Komunikasi Strategik Gred S51/52

Tarikh Tutup Permohonan Pada 13 September 2019
Lokasi Penempatan : Wilayah Persekutuan Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MESTECC - Tarikh Tutup 13 September 2019


CARA MEMOHON

a) Calon yang berminat untuk memohon jawatan tersebut perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

i. Borang Permohonan Jawatan;

ii. Curriculum Vitae / Resume;

iii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ; dan

iv. Salinan Sijil Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD.

b) Calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:

i. Borang Permohonan Jawatan;

ii. Curriculum vitae / resume;

iii. Senarai tugas/deskripsi tugas yang terkini;

iv. Salinan Sijil Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD;

v. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang telah dikemas kini; dan

vi. Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (2016 hingga 2018).

Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada :

Ketua Setiausaha
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 5, Blok C4, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 PUTRAJAYA
(u.p.: Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)


TEMU DUGA

Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

KEPUTUSAN

Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Ketua Setiausaha MESTECC sebelum diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Melantik berkaitan.

PERTANYAAN

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

YBrs. Dr. Intan Wirdati binti Suhaimi / intanws@mestecc.gov.my / 03-8885 8045

Puan Nurliana binti Suparman / nurlianasuparman@mestecc.gov.my / 03-8885 8871

Muat turun syarat dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong