Jawatan Kosong MPPG September 2019
1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) / Bailif N19
3. Pembantu Operasi N11
4. Pembantu Awam H11
Tarikh Tutup Permohonan Pada 12 September 2019
Lokasi Penempatan : MPPG Pasir Gudang
Sektor : Kerajaan
CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan bayaran RM1.00 setiap borang yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan MPPG atau muat turun secara percuma melalui laman web www.mppg.gov.my. atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan :-
- Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
- Salinan Sijil-Sijil Persekolahan / Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Lesen Memandu
- Gambar warna berukuran passport
- Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada, Serta dialamatkan kepada;
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
3. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 17 Bab A Tahun 2005 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan penamatan Perkhidmatan).
4. Hanya calon yang layak untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Permohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka Tidak Berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.
PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK:
- Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak ditandatangani
- Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap
- Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan
- Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan
- Pemohon tidak memenuhi/ tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan
- Tidak menyatakan gambar passport berwarna