Jawatan kosong terkini di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) September 2019. Jawatan kosong LUAS September 2019. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti dalam iklan seperti berikut :-
1. PENOLONG JURUTERA JA29
2. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S29
3. PEMBANTU OPERASI N11
Tarikh Tutup Permohonan Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 17 September 2019 (Selasa)
Lokasi Penempatan : LUAS Selangor
Sektor : Kerajaan/ Badan Berkanun
SYARAT PERMOHONAN
(1) Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 berharga RM1.00 yang boleh diperolehi di Tingkat 13, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sahaja.
(2) Penetapan pelantikan pegawai Perkhidmatan Awam di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut ;
(a) Pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
(b) ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
(c) pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun. Pembuktian bagi mana-mana syarat pada perenggan seperti maksud di atas hendaklah dikemukakan melalui dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.
(3) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan Iengkap dan disertakan salinan dokumen yang berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan): (a) Salinan Kad Pengenalan.
(b) Salinan Surat Beranak.
(c) Salinan sijil PMR/SPM/SVM *mana-mana yang berkaitan
(d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir
(e) Salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan.
(g) Gambar berukuran pasport.
(4) Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan (Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan ; BRP) yang terkini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang disahkan.
(5) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.
(6) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
(7) Pihak Lembaga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan calon untuk proses temuduga jika berkaitan.
(8) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat, dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat berkenaan dengan HURUF BESAR.
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
PENGARAH,
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U/P ; UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI)
Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 17 September 2019 (Selasa).
(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri atas sampul surat).
Borang permohonan jawatan kosong boleh dibeli di kaunter LUAS tingkat 13 mulai Selasa 03/09/2019.
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) - Tarikh Tutup 17 September 2019
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.
Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.