Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - Tarikh Tutup 17 September 2019

Jawatan kosong terkini September 2019 di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Jawatan kosong FAMA September 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai :-

1. Kerani Pentadbiran (Operator) Gred K1
2. Tukang Masak Gred K1
3. Pramusaji Gred K2
4. Pembantu Tukang Masak Gred K2

Tarikh Tutup Permohonan Pada 17 September 2019
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) September 2019


CARA MEMOHON :

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p. sila muat turun pada pada link yang telah disediakan di bawah.

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil-sijil persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi terakhir.

(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :

Permohonan hendaklah sampai kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat FAMA
Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor


Sebelum atau pada : 17 SEPTEMBER 2019 (SELASA)

CATATAN AM :

1. Calon-calon diingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong