Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang - Tarikh Tutup 04 September 2019

Jawatan kosong terkini September 2019 di Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun daripada tarikh tutup permohonan dipelawa memohon kekosongan jawatan kosong terkini sebagai :

1. PEGAWAI TADBIR N41

Tarikh Tutup Permohonan 04 September 2019
Lokasi : Pulau Pinang.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang September 2019


Syarat Kelayakan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial serta pengurusan teknologi maklumat.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem http://e2psm.penang.gov.my/ atau sila klik pada pautan link yang diberikan dibawah.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong