Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) – Tarikh Tutup 28 Jun 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sebagai :

1. PENOLONG PENSYARAH GRED DS41

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 28 JUN 2019 (JUMAAT)
LOKASI : USAS, PERAK
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Jun 2019


JABATAN/FAKULTI : Jabatan Bahasa Inggeris, Pusat Bahasa & Pengajian Asasi.
BIDANG : Bahasa Inggeris (TESL)

JAWATAN

i. Jawatan : Penolong Pensyarah, Gred DS41

ii. Taraf Jawatan : Skim Perkhidmatan Kontrak Khas
iii. Klasifikasi : Perkhidmatan Pendidikan
iv. Kumpulan : Pengurusan Profesional
v. Kadar Upah : RM2,300.00 / Sebulan

(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia.

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

iii. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaanMalaysia.

iv. Lulus Malaysian Unversity English Test (MUET) seperti berikut :

– Band 6 serta memiliki pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 2 tahun;
– Band 5 serta memiliki pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.

(b) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris khususnya TESL dan hendaklah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(c) Memperolehi PGNK sekurang-kurangnya 3.00 ke atas dan diberi keutamaan kepada calon yang memperolehi PNGK 3.50 ke atas.

(d) Ringkasan Tugas – bertanggungjawab dalam urusan mengajar dan pengajaran, menyelia dan memeriksa skrip peperiksaan dan melakukan tugas-tugas pentadbiran dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

(a) Calon-calon boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat permohonan kepada :

Naib Canselor
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan.
(u.p: Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am)

Tel : 05-7732253/250 Fax : 05-7732333
Emel : sumber_manusia_admin@usas.edu.my

(b) Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta ‘curriculum vitae’ (c.v) yang lengkap berserta maklumat seperti berikut:

i) Butiran peribadi.
ii) Butiran untuk dihubungi.
iii) Kelayakan akademik.
iv) Pengalaman yang berkaitan.

(c) Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-

i) Kad Pengenalan atau Pasport.
ii) Sijil Kelahiran.
iii) Sijil-sijil akademik yang berkenaan berserta transkrip. (SPM atau setaraf, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda)
iv) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.

(d) Tarikh tutup : Permohonan terbuka sehingga 28 Jun 2019 (JUMAAT).

CATATAN TAMBAHAN

a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.
c) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan / temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Sultan Azlan Shah.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong