Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) – Tarikh Tutup 30 Mei 2019

Jawatan kosong Universiti/ University Jobs terkini di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai :

1. PENGARAH KESELAMATAN KP48

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 30 MEI 2019
LOKASI : UniSZA, TERENGGANU
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Mei 2019


1. Jawatan : Pengarah Keselamatan
2. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
3. Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam
4. Gred : KP48
5. Jadual Gaji (Min-Mak) : RM5,120.00 - RM11,635.00
6. Taraf Lantikan : Kontrak
7. Tempoh Lantikan : 2 tahun
8. Syarat lantikan
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurangkurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

(iii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

e) Lulus Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

f) Keutamaan diberikan kepada pesara/bekas anggota tentera/polis/bomba yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.

g) Keutamaan juga diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

9. Deskripsi Tugas

a) Bertanggungjawab mengawal harta benda universiti, menjaga ketenteraman awam kampus, bertanggungjawab mengawal lalulintas, menguatkuasakan peraturan lalulintas, bantu mula mengawal kebakaran, bertanggungjawab mengawal dan memastikan tiada jenayah dalam kampus serta membuat siasatan kes.

b) Bertanggungjawab dalam memastikan pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta akta, undang-undang dan peraturan lain yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UniSZA.

10. Cara Memohon

Calon hendaklah mengemukakan permohonan dengan menyertakan maklumat seperti berikut:

a) Surat iringan permohonan jawatan; dan

b) Curriculum vitae (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar ukuran passport, salinan sijil akademik, anugerah, penghargaan dan lain –lain dokumen sokongan.

11. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

12. Permohonan yang lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada :

Pendaftar
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman


Emel: pendaftar@unisza.edu.my
Telefon: 09 668 8360
Faks: 09 668 7883

13. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Mei 2019.

14. Proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka di mana pihak Universiti boleh mencalonkan mana-mana calon yang dirasakan sesuai untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilih.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong