Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini UiTM (37 Jawatan Yang Ditawarkan) – Tarikh Tutup 24 Mei 2019

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mei 2019. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di Kampus Shah Alam, Kampus Cawangan dan Kampus Puncak Alam (Hospital Pengajar Universiti) / Kampus Sungai Buloh (Fakulti Perubatan).

JAWATAN AKADEMIK

1. PROFESOR VK7
2. PROFESOR MADYA DM53
3. PENSYARAH KANAN DM51
4. PENSYARAH DM45

JAWATAN PENTADBIRAN

1. PEGAWAI PERUBATAN UD47
2. PEGAWAI PERUBATAN UD43
3. PEGAWAI DIETETIK U41
4. JURU X-RAY U41
5. PEGAWAI FARMASI UF41
6. JURURAWAT U41
7. PEGAWAI PERGIGIAN UG41
8. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
9. PUSTAKAWAN S41
10. PENOLONG PENDAFTAR N41
11. PEGAWAI REKOD PERUBATAN N41
12. PEGAWAI SOSIAL & MASYARAKAT N41
13. PEGAWAI SAINS C41
14. PEGAWAI KESELAMATAN KP41

KUMPULAN PELAKSANA

15. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
16. JURURAWAT U29
17. JURU X-RAY U29
18. JURUPULIH PERUBATAN U29
19. JURUTERAPI PERGIGIAN U29
20. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
21. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
22. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
23. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
24. PENOLONG AKAUNTAN W29
25. PEGAWAI EKSEKUTIF N29
26. PENOLONG PENGURUS ASRAMA N29
27. JURUTEKNIK PERUBATAN U19
28. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
29. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
30. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
31. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19
32. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
33. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 24 MEI 2019

Jawatan Kosong Terkini UiTM Mei 2019

LOKASI :

Kampus Shah Alam, Kampus Cawangan dan Kampus Puncak Alam (Hospital Pengajar Universiti) / Kampus Sungai Buloh (Fakulti Perubatan).

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


a. Untuk Bukan Staf UiTM

i) Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 8 Mei 2019 hingga 24 Mei 2019 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM 10.00.

ii) Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.

iii) Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan. ( Sila klik pada pautan link yangdiberikan di bawah)

iv) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.

v) Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

a. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)

b. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).

c. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).

b. Untuk Staf UiTM Sahaja

Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal I-Staf → eProses & Sistem Sokongan → ePengambilan Staf.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Mei 2019 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada:

Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


Emel : bpps@salam.uitm.edu.my

Unit Akademik

No. Tel : (03) 5544 3063 / 3417 / 3090 / 3006 / (03) 5521 1314

Unit Pentadbiran

No. Tel : (03) 5544 3007 / 3085 / 3005 / 3076 / (03) 5521 1612


Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong