Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) – Tarikh Tutup 29 Mei 2019

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 29 MEI 2019
LOKASI : KUALA LUMPUR
SEKTOR : BERKANUN

Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) Mei 2019


CARA MEMOHON

(a) Calon-calon yang berminat bolehlah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:


(i) Resume;
(ii) Salinan Sijil Kelahiran;
(iii) Salinan Kad Pengenalan;
(iv) Salinan Berhenti Sekolah;
(v) Salinan Sijil SPM / Diploma / STPM / STAM / Sijil Matrikulasi KPM atau setaraf;
(vi) Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan
(vii) Salinan sijil-sijil ko-kurikulum.

(b) Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).

(c) Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:

(i) Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan; dan
(ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

(d) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

(e) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
Aras Bawah, 1 & 2, Rumah ROHAS,
Lot 61, Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300 KUALA LUMPUR.
(u.p : Unit Khidmat Pengurusan)


(f) Tarikh Iklan : 21 Mei 2019 (Selasa)

(g) Tarikh Tutup Permohonan : 29 Mei 2019 (Rabu)

(h) Catatan Am :

(i) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad; dan
(ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah mengangap permohonan mereka tidak berjaya.

(iii) Tempoh sahlaku permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.

MAKLUMAT TERPERINCI DAN SYARAT- SYARAT KELAYAKAN

(a) Maklumat terperinci mengenai jawatan ini dan Syarat-Syarat Kelayakan dan Lantikan untuk memohon jawatan di atas boleh diperolehi melalui laman web http://www.pkb.gov.my. ATAU sila muat turun pada link yang diberikan di bawah.

Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong