Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Labis (MDL) – Tarikh Tutup 27 Mei 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Labis (MDL) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada anak Negeri Johor Darul Ta'zim) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Labis (MDL) sebagai :

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
3. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
4. PEMBANTU AWAM H11

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 27 MEI 2019
LOKASI : MD LABIS JOHOR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Majlis Daerah Labis (MDL) Mei 2019


CARA MEMOHON :

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM1.00 satu set di Pejabat Majlis Daerah Labis atau dengan dimuat turun atau dicetak dari Laman Web Rasmi Majlis Daerah Labis di alamat www.mdlabis.gov.my atau Facebook rasmi MD Labis iaitu Majlis Daerah Labis-Rasmi atau boleh didapati di Kaunter Pertanyaan Majlis Daerah Labis ATAU sila muat turun pada link muat turun yang diberikan di bawah.

2. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH LABIS
85300 LABIS, JOHOR

3. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumendokumen seperti berikut :

(i) Kad pengenalan diri;
(ii) Sijil kelahiran;
(iii) Sijil-sijil persekolahan;
(iv) Kelulusan akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon;
(v) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima);
(vi) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran ‘passport’
(vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)

PERINGATAN:

SEMUA SALINAN DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN DARI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ATAU PENGHULU MUKIM BERKENAAN.

4. PERHATIAN KEPADA PEMOHON

4.1 Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

4.2 Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan butiran dan maklumat yang diperlukan.

4.3 Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat seperti dalam iklan akan DITOLAK serta-merta.

4.4 Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4.5 Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

4.6 Perbelanjaan untuk menghadiri temuduga ditanggung sendiri oleh pemohon.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 27 MEI 2019


Muat turun iklan dan syarat lantikan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong