Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) – Tarikh Tutup 07 Jun 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) Jun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegra Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 07 JUN 2019
LOKASI : SELANGOR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) Tarikh Tutup Jun 2019
Jawatan Kosong Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) Tarikh Tutup Jun 2019


Jawatan : Penolong Pegawai Sains Gred C29
Kumpulan:Pelaksana
Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Jadual Gaji

Gaji Minimum : RM1,505
Gaji Maksimum : RM5,696
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat principal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau

ii. Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,782.91); atau

iii. Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Makmal adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a. i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

ii. lulus Peperiksaan Khas; dan

b. had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas :

Membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus, mengawas rekod pembelian peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear.

Cara Memohon

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara 'online' pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia (SPA8i) di http://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 07 Jun 2019 (Jumaat) jam 11.59 malam.

Permohonan dan semakan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong