Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Air Perak (LAP) – Tarikh Tutup 31 Mei 2019

Jawatan kosong terkini di Lembaga Air Perak (LAP) Mei 2019. Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak) yang berkelayakan untuk memohon mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Lembaga Air Perak seperti berikut:-

PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 MEI 2019
LOKASI : LAP PERAK
SEKTOR : BADAN BERKANUN

Jawatan Kosong Lembaga Air Perak (LAP) – Tarikh Tutup 31 Mei 2019


1. NAMA JAWATAN DAN GRED : Penolong Pegawai Undang-Undang, Gred L29
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Perundangan Dan Kehakiman
TARAF JAWATAN : Kontrak
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pelaksana

2. JADUAL GAJI

Gaji Minimum : RM1,773.
Gaji Maksimum : RM5,674.
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.

3. Syarat Lantikan

Bagi semua jawatan calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) (i) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred L29 : RM1,773.00); atau
(ii) Diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : RM1,847.86).

4. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5. Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Undang-undang) dan Jurubahasa Gred LA19,LA22,LA26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) i. mempunyai kelayakan di perenggan 3 (c); atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan

b) had umur pelantikan:
i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

6. Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab membantu Pegawai Undang-Undang menyediakan nasihat dan pandangan dari segala aspek perundangan / ulasan / kertas kerja bagi isu-isu yang diarahkan oleh Pengurus Besar / Ketua Bahagian dan yang dirujuk oleh Wilayah.

7. Cara MemohonBorang-borang permohonan jawatan boleh dimuat turun dan dicetak daripada laman sesawang Lembaga Air Perak - http://www.lap.com.my beserta syarat syarat dan maklumat jawatan. ATAU Sila klik pada link yang diberikan dibawah.

8. Alamat Permohonan Dan Tarikh Tutup

8.1. Permohonan hendaklah sampai kepada :

PENGURUS BESAR
LEMBAGA AIR PERAK
JALAN ST. JOHN,
30200 IPOH.
(U/P: Unit Perjawatan)

8.2. Tarikh Tutup Permohonan : 31.05.2019 (Jumaat)

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong