Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong FELCRA Berhad – Tarikh Tutup 15 Mei 2019

Jawatan kosong terkini di FELCRA Berhad Mei 2019. FELCRA Berhad Malaysia merupakan sebuah Syarikat milik Kerajaan “Government Owned Company (GOC)” yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Syarikat, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:-

1. Penolong Eksekutif Jualan gred A&T2

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 15 MEI 2019
LOKASI : KUALA LUMPUR
SEKTOR : BERKANUN

Jawatan Kosong FELCRA Berhad Mei 2019


1. PENOLONG EKSEKUTIF JUALAN GRED A&T2 (KONTRAK)

Lokasi :
i. FELCRA Berhad Seberang Perak, Kg. Gajah, Perak (2 orang)
ii. FELCRA Berhad Sri Makmur, Pekan, Pahang (1 orang)

Syarat – Syarat Kelayakan:-

i. Terdiri daripada warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari lapan belas (18) tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

iv. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)

v. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman di dalam bidang berkaitan.

Skop Tugasan:-

i. Bertanggungjawab melaksanakan promosi dan proses jual beli projek perumahan di Rumah Generasi Ke-2, Sri Makmur, Pekan, Pahang dan Taman FELCRA Jaya, Fasa 2, Seberang Perak, Perak.

ii. Merekod dan menerima jualan daripada pembeli yang berminat.

iii. Bertanggungjawab dalam memastikan semua dokumen transaksi jualan difailkan.

iv. Melaksanakan proses khidmat pelanggan.

v. Melaksanakan servis kawalan kredit.

vi. Bertanggungjawab melaksanakan laporan penjualan.

vii. Menguruskan urusan bersama panel-panel penguam yang dilantik.

viii. Menguruskan urusan bersama bank/panel institusi kewangan.

ix. Tugas-tugas lain akan diberitahu dari masa ke semasa.

CARA-CARA MEMOHON

i. Borang permohonan FELCRA Berhad adalah WAJIB diisi dan boleh didapati di laman web www.felcra.com.my atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

ii. Permohonan mestilah dihantar secara lengkap dan disertakan ‘resume’, satu salinan kad pengenalan, salinan sijil Diploma, SPM, PMR dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan, berserta sekeping gambar berukuran pasport yang terkini dan dialamatkan kepada:-

Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad,
Ibu Pejabat FELCRA Berhad,
Wisma FELCRA, Lot PT 4780, Jalan Rejang,
Setapak Jaya, Peti Surat 11254,
50772 Kuala Lumpur.
UP: (Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Aras 4)

(Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di ruangan atas sebelah kiri sampul)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 MEI 2019

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong