Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Tarikh Tutup 10 Mac 2019

Jawatan kosong Universiti terkini Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mac 2019. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Pentadbiran Harian di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat, sebagai:

1. PELUKIS GRAFIK

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 10 MAC 2019
LOKASI : UITM KAMPUS SEGAMAT, JOHOR
SEKTOR : KERAJAAN
KADAR UPAH : RM54 SEHARI

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mac 2019


1) PELUKIS GRAFIK

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut.
iii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayajan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan di perenggan 1c(ii), 1(c)(iii), 1(c)(iv) dan 1(c)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di https://johor.uitm.edu.my/v3/ atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN ALAMAT PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 MAC 2019 (AHAD). Sila kemukakan permohonan anda kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM


No Tel : +(607)-935 2020 / 2273 / 2272

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong