Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia – Tarikh Tutup 08 Mac 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Parlimen Malaysia Mac 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Parlimen Malaysia sebagai :

1. BENTARA MESYUARAT N29

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 08 MAC 2019
LOKASI : KUALA LUMPUR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia - Tarikh Tutup 08 Mac 2019


1. BUTIRAN JAWATAN

1.1 Jawatan/ Gred : Bentara Mesyuarat Gred N29
1.2 Kod Skim : 3LN12
1.3 Kementerian/ Jabatan : Parlimen Malaysia
1.4 Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan STPM/ Diploma
1.5 Taraf Jawatan : Kontrak
1.6 Bilangan Kekosongan : Satu (1)

2. GRED DAN JADUAL GAJI : RM1,493.00 – RM5,672.00 (Gred N29)

3. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

3.1 Warganegara Malaysia;
3.2 Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.3 Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan kerajaan; dan
3.4 Keutamaan akan diberikan kepada Bekas Polis atau Bekas Tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

4. CARA MEMOHON

4.1 Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my) atau sila klik pada pautan muat turun borang permohonan di bawah.

4.2 Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.

4.3 Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), resume, salinan Sijil Kelahiran, salinan My Kad, salinan kelulusan akademik dan salinan sijil berhenti sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui SAH oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

4.4 Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

Ketua Pentadbir,
Parlimen Malaysia,
Bangunan Parlimen,
Jalan Parlimen,
50680 Kuala Lumpur.
(u.p: Seksyen Pengurusan Sumber Manusia Dan Inovasi)


5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 08 Mac 2019 (Jumaat)

Catatan Am : Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun borang permohonan jawatan disini (doc)

Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI