1. PENOLONG AKAUNTAN W29
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
3. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
4. PEMBANTU AWAM H11
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 14 MAC 2019
LOKASI PENEMPATAN : MDTANGKAK, JOHOR
SEKTOR : KERAJAAN
CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma melalui laman web www.mdtangkak.gov.my atau di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang, dan hari Khamis dari jam 08.00 pagi hingga 03.30 petang dengan bayaran RM1.00 setiap borang permohonan. ATAU sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan:-
i) Salinan sah Sijil-Sijil Persekolahan.
ii) Salinan sah Kad Pengenalan.
iii) Salinan sah Sijil Lahir.
iv) Sijil Berhenti Sekolah.
v) Gambar warna berukuran pasport.
vi) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada :
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
84900, TANGKAK, JOHOR.
3. Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Kuasa-Kuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Bil. 18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini