Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Yayasan Selangor [Tarikh Tutup: 19 Februari 2019]

Jawatan kosong terkini di Yayasan Selangor Februari 2019. Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada warga kerja atau ahli keluarga terdekat dan warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut :

JAWATAN : EKSEKUTIF
BAHAGIAN /UNIT : UNIT UNDANG – UNDANG
TARAF JAWATAN : KONTRAK
GRED GAJI : N41
KEKOSONGAN : (1)

Jawatan Kosong Yayasan Selangor Februari 2019


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang - undang atau Pentadbiran Awam yang di iktiraf oleh kerajaan dari Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya .
4. Keutamaan adalah kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang Perundangan.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA :

1. Pengurusan Tertinggi Yayasan Selangor
2. Ketua Unit

BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS :

1. Penyelia
2. Kerani

BIDANG TUGAS :

1. TUGAS UMUM

1.1. Membantu menggubal deraf Perjanjian, surat-menyurat dan laporan.

1.2. Menyemak deraf Perjanjian, surat-menyurat dan laporan

1.3. Membantu melaksanakan usaha wajar (“due-deligence”), kajian Undang-undang, carian berkenaan isu perundangan dan mengemaskini isu terkini berkenaan peruntukan Undangundang.

1.4. Membantu menyediakan pendapat dan nasihat perundangan yang tepat pada pihak Pengurusan Yayasan Selangor.

1.5. Membantu menyelaras, menghadiri dan mengendali mesyuarat bersama atau bagi pihak Pegawai Undang-undang Yayasan Selangor.

1.6. Membantu mengendalikan perbincangan samada dengan Jabatan-jabatan dalam Yayasan Selangor atau pihak luar yang berurusan dengan Yayasan Selangor.

1.7. Menghadiri Mahkamah atau sebarang perbincangan penyelesaian pertikaian atau proses timbangtara sekiranya perlu.

1.8. Membantu pegawai Undang-undang untuk menguruskan, memantau,menyemak serta mengesahkan kerja-kerja yang dilakukan oleh Panel Peguamcara yang dilantik oleh Yayasan Selangor dalam kes-kes litigasi serta berhubung dengan panel-panel tersebut untuk sebarang pengemaskinian status terkini kes yang dikendalikan.

1.9. Membantu berhubung dan bekerjasama dengan Kaunsel Undang-undang daripada manamana perbadanan atau organisasi yang berurusan dengan Yayasan Selangor.

1.10. Membantu menghadiri sesi Menandatangani Perjanjian atau Kontrak samada dalam Yayasan Selangor atau dengan Usahasama yang berkerjasama dengan Yayasan Selangor.

1.11. Membantu memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat atau prosedur oleh jabatanjabatan dalam Yayasan Selangor berlandaskan peruntukan-peruntukan dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Yayasan Selangor.

1.12. Tugas-tugas serta hal-hal lain yang munasabah dan berkaitan dengan isu perundangan atau kesetiausahaan yang melibatkan Yayasan Selangor yang tidak dinyatakan secra terperinci disini mengikut keperluan dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON

a) Borang permohonan boleh dimuat turun pada link yang diberikan dibawah.

b) Tarikh Iklan dibuka :11 Februari 2019 (Isnin)
Tarikh tutup            :      19 Februari 2019 (Selasa)

c) Pemohon hendaklah menghantar ‘resume’ beserta Borang Permohonan Jawatan ke Unit Sumber Manusia. Pemohon yang masih berkhidmat bersama Yayasan Selangor hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Bahagian/ Unit dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

PERMOHONAN

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan Nama Jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR,
18A, PERSIARAN BARAT,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P: UNIT SUMBER MANUSIA)

Semua permohonan hendaklah sampai tidak lewat dari tarikh tutup iklan pada hari Selasa, 19 Februari 2019, jam 4.00 petang. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong