Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari lima (5) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. PEMBANTU OPERASI N11

Tarikh tutup permohonan pada 23 Januari 2020
Lokasi penempatan : YPJ Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Januari 2020

Jawatan : PEMBANTU OPERASI
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan (N)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gred Gaji : N11

Jadual Gaji :

GAJI MINIMUM - GAJI MAKSIMUM :
RM1,216.00 - RM2,983.00

Syarat Lantikan :

a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM 1,216.00)

atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
[Kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)] ;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM 1,262.15)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan : TETAP

Syarat-Syarat Lain

1. Permohonan Daripada Pegawai-Pegawai Yang Sedang Berkhidmat :

Pegawai-Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan Melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang YPJ 007 yang boleh diperolehi Daripada Bahagian Sumber Manusia , Jabatan Pengurusan & Korporat YPJ atau melalui Laman web YPJ iaitu www.ypj.gov.my atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut :-

a) Kad Pengenalan

b) Sijil Kelahiran

c) Sijil-Sijil Persekolahan

d) Sijil Berhenti Sekolah Yang Terakhir

e) Ijazah / Diploma berserta transkrip penuh (jika berkaitan)

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Pengurus Besar
Yayasan Pelajaran Johor
No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Kg. Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru


4. Tarikh Tutup Permohonan : 23hb Januari 2020 (Khamis)

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong