Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 Di UiTM

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2020. Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung Amanah) di Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) Cawangan Perlis dan Kedah (NCER), Universiti Teknologi MARA.

Jawatan Kosong Sebagai :

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19

Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2019
Lokasi : Perlis dan Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UiTM 2020

SYARAT PERLANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Terdiri daripada warganegara Malaysia (Anak Tempatan Perlis dan Kedah).

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

c) Mempunya kelayakan seperti berikut :

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,352.00) atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40) atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)

DAN

d) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C, termasuk lulus Ujian Lisan dan 5 subjek yang lain termasuk Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan pilihan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan.

b. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang DISAHKAN benar.

i. Salinan Kad Pengenalan.

ii. Salinan Sijil Kelahiran.

iii. Salinan Sijil Berhenti Sekolah/ PT3/ PMR/ SRP/ LCE/ SPM/ SPMV/MC/ Diploma atau setaraf.

iv. Surat pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji.

v. Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan yang berkenaan.

c. Pemohon hendaklah menulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat borang permohonan.

d. Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun di laman sesawang https://iceps.uitm.edu.my atau boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS). Sila muat turun pada link yang diberikan di bawah.

Sila kembalikan borang permohonan yang telah lengkap ke:

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)
ARAS 2, UiTM - MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR


Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2019

Muat turun iklan kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong