Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – Tarikh Tutup 09 June 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) June 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai :

1. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV19

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 09 JUN 2019 (AHAD)
LOKASI : PELBAGAI NEGERI
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jun 2019


Jawatan : Pembantu Pegawai Latihan Vokasional

Kelayakan : SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil
Gred: Gred DV19/DV21/DV29/DV35/DV37/DV37
Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Tempat Bertugas:
  • Kementerian Sumber Manusia Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Jadual Gaji: GRED DV19

Gaji Minimum : RM1,377.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV19

c. 
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV19: RM1,435.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV19: RM1,493.24).
  • Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c), 1(d) dan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua melalui arahan Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan melaksanakan tugas-tugas mengajar teori dan amali tidak kurang dari 25 jam seminggu.
  • Menyedia dan menggunakan pelan mengajar dan memberi pertunjukan (demontrasi) untuk memindahkan kemahiran kepada pelatih.
  • Menyediakan alat-alat mengajar seperti Kertas Penerangan, Kertas Kerja, Kertas Tugasan, alat bantuan mengajar seperti carta, model dan lain-lain di bawah pengawasan dan pengurusan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
  • Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan ujian ILP dan MLVK seperti menyediakan alat-alat dan bahan-bahan ujian, memeriksa kertas ujian teori, menilai ujian amali dan merekod keputusan ujian-ujian teori dan amali.
  • Memastikan keselamatan dan kebersihan bengkel, bilik kuliah dan kemudahan-kemudahan awam dipersekitaran sekolah.
  • Mengawasi disiplin pelatih seperti membimbing pelatih-pelatih berpakaian dan berkelakuan sesuai dengan disiplin ketukangan pelatih.
  • Menyelenggara dan membaiki kerosakan mesin dan perkakas serta menyediakan rekod jadual rawatan.
  • Memesan, merekod, menyimpan dan mengeluarkan bahan-bahan keperluan latihan dan memastikan semua alat perkakas dan mesin dalam keadaan baik sebelum latihan dimulakan.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
CARA MEMOHON

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online pada laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia (SPA8i) di http://www.spa.gov.my atau sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 09 Jun 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan dan semakan jawatan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong