Job Vacancies 2018

Gov | Statutory | Private

Responsive Ads Here

Thursday, 7 April 2016

Iklan Jawatan Kosong Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Palsu : Sekretariat Sukan Sea

KUALA LUMPUR: Penyebaran iklan atau berita mengenai jawatan kosong pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 adalah palsu. Sekretariat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 telah menafikan mengeluarkan iklan atau berita itu yang dikesan menjadi viral menerusi aplikasi 'WhatsApp' sejak 5 April 2016 yang mendakwa pihak Sekretariat ada menawarkan jawatan kosong dengan sesi temu duga dan pengambilan dijadualkan pada bulan Ogos dan September ini.


"Pihak Sekretariat dengan ini ingin mengesahkan bahawa iklan berkenaan adalah palsu dan tidak benar sama kali dan ia dipercayai iklan yang sama pernah diviralkan di media sosial tahun lepas,'' Sehubungan itu, orang ramai diminta mengabaikan iklan berkenaan sebaliknya merujuk kepada pihak Sekretariat menerusi laman web rasmi www.seagames2017.com.my

Sumber : Berita Harian